Sunday, 21 August 2016

22hb August 2016 - Anak pokok tin untuk dijual

Assalamualaikum ,

Saya ada beberapa pokok untuk dijual. Pelbagai varieti yang telahpun berbuah masak di sini. Kami telahpun menyemai anak-anak pokok itu didalam polybeg, kepada yang berminat boleh lah klik link di sini . Anak Pokok Tin

Monday, 8 August 2016

08 August 2016 - Buah-buah tin dari koleksi kami

Assalamualaikum.

Alhamdulillah , segalanya berjalan seperti dirancang. Kami menanam beberapa jenis pokok tin sebagai koleksi di tempat kami. Ramai yang telahpun datang ke tempat kami walaupun kami cuma dapat menanam di halaman kerana ruang yang amat terhad.

In sha  Allah , sedikit masa lagi kami akan membuka kebun Tin , semuanya didalam perancangan untuk tahun hadapan. Doakan kami untuk merealisasikan impian serta hajat kami. Dalam pada itu kami sentiasa menambah sedikit demi sedikit koleksi beberapa jenis pada setiap bulan.

Di bawah ini adalah koleksi kami pilih yang mana pokok-pokok ini jenis yang banyak mengeluarkan buah-buah dan rasa buah yang sedap serta manis walaupun baru dipetik.

 1) Abicou

 2) Albacor Comuna

 3) Barnisotte

 4) Bellone

 5) Bourjasotte Noire

 6) Bordisotte Rossa

 7) Napolitana Negra

 8) Panachee ( France)

 9) Panachee ( France)

 10) Tena

 11) Sal Gene

12) Tena


Pelbagai jenis ( Varieti) menjadi pilihan kami tapi rasanya kami telahpun mengupload pada posting sebelum ini. Alhamdulillah kalau kita tanam beberapa jenis yang sedap-sedap , in shaa Allah kita akan dapat memetik buah segar setiap hari..

Alhamdulillah.

Sunday, 17 July 2016

18hb July 2016 - Varieti Panachee ( France ) untuk dijual

Assalamualaikum

Saya ada satu pokok telahpun stabil untuk dijual. Varieti Panachee ( France) . Rasa buah amat manis walaupun belum betol-betol ranum. Berbuah cukup lebat, Gambar buah adalah contoh dari induk yang sama.

Harga yang ditawarkan adalah RM360.00 ( boleh runding sikit)





 Buah mula membesar. 85% masak dipokok. Rasanya agak crunchy ( rangup). Manis sangat.

 Warna kuning sebagai dominant pada setiap buah yang keluar dari induk ini.



Anak pokok untuk dijual , Telahpun mengeluarkan daun tunas yang baru.


Berminat sila Tel / Whatapps : 013-3227141

Wednesday, 29 June 2016

23hb Jun 2016 - Rezeki Bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Rezeki bulan yang mulia ini , hampir setiap hari  kami memetik buah-buah dihalaman rumah.
Jom Layan Gambar-gambar buah Tin . Sila Klik Link Dibawah ini.

Tuesday, 24 May 2016

24hb May 2016 - Facebook Pages Kami.

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua , kami telahpun ada page facebook berkaitan pokok Tin yang diuruskan oleh isteri saya sendiri iaitu  " Seriputra Figs " . Nama ini dipilih kerana kami tinggal di kawasan Seri Putra Bangi. Jadi mudah kawan-kawan ingat untuk ke tempat kami nanti.

Bagi kawan-kawan yang belum lagi tengok page tersebut boleh la klik kat link yang saya sertakan dibawah nanti. Banyak gambar-gambar yang diuploadkan disitu. Biasa lah orang perempuan ni suka main kamera ..hehehe. Sila klik pada perkataan Seriputra Figs di bawah.
Terima Kasih



Monday, 23 May 2016

24hb May 2016 - Memetik buah Tin Segar ( GAMBAR)

Assalamualaikum

Minggu rezeki memetik buah tin segar di halaman rumah kami , Alhamdulillah banyak yang masak ranum. Selepas 9 bulan fokus pada penanaman pokok Tin kami telah pun makan buah tin segar dari kebun sendiri. pelbagai jenis yang masak minggu ini.. sedap-sedap belaka.
Klik untuk melihat gambar-gambar buah tin yang kami petik.
Buah Tin Segar

Tuesday, 17 May 2016

17hb May 2016 - Memetik Buah Tin Masak

Assalamualaikum

Kepada peminat-peminat pokok Tin , nak update hari ini memetik beberapa Variety telahpun masak iaitu

1) Red Libya
2) Jumbo
3) Super Jumbo
4) Noire de bellone.

Jom layan gambar-gambar buah tin segar. Klik disini